Wednesday, June 14, 2006

Perkenalan Blogger


Assalamualaikum.... dan salam sejahtera....

Perkenalan diri saya untuk blogger saya ini untuk dulu, kini dan selamanya....

Anak kelahiran Pulau Pinang tetapi keseluruhan hidupnya sehingga 2006 berada di tanah kelahiran ayahanda dan bonda tercinta di Muar, Johor. Mendapat pendidikan awal di rumah ayahanda bonda di Kem Port Dickson dan kemudian melanjutkan pengajian di Tadika Kg. Baru, Port Dickson sehingga ke Darjah 1 di Sek. Keb. Sri Rusa, Port Dickson selama satu bulan. Selepas satu bulan berhijrah dan sambung pengajian di Sek. Keb. Tanjung Gading, Muar, Johor sehingga Darjah 6. Setelah tamat sekolah rendah dilanjutkan pendidikan di Sek. Men. Keb. Parit Bunga, Muar, Johor sehingga Tingkatan 3 tempat mendapatkan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Dengan kelulusan yang agak baik melanjutkan pengajian di Maktab Rendah Sains Mara, Muar, Johor dan pada tahun 1997 menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Setelah tamat pengajian Tingkatan 5 dengan kelulusan yang agak baik juga menyambung pelajaran di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor Bahru, Johor dan pada tahun 2003 berjaya mendapatkan segulung Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam (Kepujian). Setelah satu tahun tamat pengajian dan bertukar-tukar tempat kerja, akhirnya menetap di Johor Bahru dan bekerja sebagai pensyarah di Kolej Teknologi Binaan YPJ, merupakan anak syarikat Kumpulan Pendidikan YPJ, Johor dengan ditemani isteri tercinta Haryati binti Zubir dan anak tersayang Muhammad 'Irfan Hanis.

Sekian,

Wassalam....

Rosazali Irwan Muhamad Ros
4 Ogos 2006

p.s - lepas lahir baru sekali jejakkan kaki di pulau pinang pada tahun 1991

No comments: