Wednesday, October 22, 2008

Zuriatku...

Muhammad 'Irfan Hanis dan

Muhammad Ilham Hadif





Muhammad Ilham Hadif... itulah nama yang telah aku dan isteriku berikan buat mengertikan kelahiran zuriat kami yang kedua... nama Muhammad sebagai memperolehi syafaat Nabi Muhammad SAW... Ilham yang memberi maksud ilham yang telah kuperolehi... dan Hadif membawa erti yang bermatlamat...

Tanggal 25 September 2008 bersamaan 25 Ramadhan 1429 Hijrah amat membawa erti dalam hidup kami suami isteri setelah anak pertama kami Muhammad 'Irfan Hanis menjangkau usia 3 tahun... Tarikh 8 November 2005 bersamaan 5 Syawal 1426 Hijrah adalah saat-saat bahagia kami berdua kerana telah dikurniakan zuriat yang pertama... dan kini kebahagiaan itu diserikan lagi dengan zurait kami yang kedua ini...

Muhammad 'Irfan Hanis... dengan maksud yang sama iaitu Muhammad dinamakan sebagai memperolehi syafaat Nabi Muhammad SAW... 'Irfan pula membawa erti pengakuan atau permulaan... dan nama Hanis bagi menunjukkan ciri-ciri warak dalam diri zuriat kami tersebut...


Alhamdulillah...
Aku bersyukur pada Mu ya Allah atas limpah rahmat dan kurnia Mu ini...

Monday, October 06, 2008

Kelebihan WANITA...

1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.
3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.
4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
11. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.
13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.
14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.
15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
16. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.
23. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.
24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
25. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.
Pandangan : Amatlah mudah bagi seorang wanita untuk menjejak Syurga. Namun begitu mengapa terlalu ramai yang masih hidup dalam kejahilan? Sang suami pula perlu ingat, tidak kamu jejaki syurga sebelum keluarga kamu menjejak syurga. Jangan ingat hendak kahwin empat jika yang satu belum terbela. Yang belum kahwin tu ingat, kamu terdedah kepada kemungkaran. Iman akan dicabar sehebat-hebatnya ketika ini. Pilih lah Syurga dan bukannya Neraka.
Siapa tahu, hari ini kita tak sampai ke rumah sebab dipertengahan jalan kita bertemu Izrail.Siapa tahu, hari ini hari terakhir kita berjumpa pasangan kita sebab dipertengahan jalan kita bertemu Izrail.

Tetapkan deadline matlamat anda

Posted by Irfan Khairi under Tip Motivasi

Matlamat tanpa deadline adalah tidak lengkap. Apa jua matlamat yang ditetapkan, tetapkan sama deadline untuk mencapainya. Bila kah deadline yang terbaik? 6 bulan? 1 tahun? 3 tahun? 5 tahun? Atau 10 tahun?

Kebanyakan orang tidak menetapkan deadline untuk menetapkan matlamat oleh kerana takut, matlamat tersebut tidak dapat tercapai sebelum deadline! Sekiranya tidak tercapai, ia akan mengurangkan motivasi sendiri… oleh itu, mereka biarkan tarikh untuk mencapai matlamat tersebut terbuka- bila-bila masa sahaja!

Itu adalah pemikiran yang salah. Dengan menetapkan deadline untuk matlamat anda, anda memberi satu sasaran yang jitu. Apa akan terjadi sekiranya anda tidak berjaya mencapai matlamat sebelum tarikh deadline? Senang sahaja… berikan satu tarikh deadline yang baru! Ia hanya akan mengajar anda untuk lebih berusaha dan lebih realistik dalam mencapai matlamat.

Monday, September 15, 2008

Tahukah anda...Syaitan bernaman Khanaz

Syaitan bernama Khanaz pernah dengar tak?

Masa mula-mula Nabi Adam dan Hawa di Bumi. Syaitan yang tak pernah mengenal putus asa untuk menghancurkan anak cucu Adam, dok pikir2 cana nak kacau anak Adam dari patuh dengan suruhan Allah. Suatu hari si Ibu Syaitan ni tengah dok pikir

"Macam mana aku nak kena kan anak cucu Adam"

....dan tiba2 dia nampak anak dia yang bernama Khanaz. Lalu di panggilnya

"Khanaz....mari sini ikut mak..."

Lalu di pun pergi menuju ke rumah Adam dan Hawa. Yang pada ketika itu Nabi Adam baru saja meninggalkan rumah untuk pergi kerja mencari nafkah. Dan tinggal lah Hawa keseorangan di rumah, tiba2, pintu rumah di ketuk, lalu dibuka oleh Hawa dan bertanya

"Siapa kamu.."

Syaitan menjawab

"Tolong jaga kan anak saya...nanti saya akan datang untuk ambil dia balik"

Hawa yang tidak ketahui apa-apa memberi pertolongan. Apabila Adam pulang, Adam terperanjat dan bertanyakan Hawa

"Anak siapa nie..?",

Lalu Hawa menjawab

"Tak tahu lah..tadi ada seorang wanita menyuruh kita menjaga anak ini."

Adam berpikir dan berkata

"Ini mesti anak Syaitan, yang mahu menganggu anak cucu kita..."

.. "Apa harus kita lakukan sekarang..?" tanya Hawa pada Adam.

Setelah lama pikir-pikir. ..

"Kita potong-potong daging nya sehingga kecil dan gantung kan isi-isi daging nya di pokok luar rumah kita...Nanti bila Ibu nya datang biar dia nampakdan tahu anak nya sudah tak de..."Idea Adam

Keesokkan pagi harinya Ibu syaitan itu pun datang lagi ketika Adam sudahkeluar pergi kerja,

"Mana anak aku..."

Tanya Ibu syaitan pada Hawa, Hawa pun menjawab dan secara tidak sengaja menerang kan apa yang telah meraka lakukan terhadap anak syaitan

"Anak kamu.....,,. ..Semalam Adam pulang ke rumah , lalu ia mengatahui yang anak itu anak syaitan ...lalu sudah kami kerat2 anak kamu dan kami gantung kan daging nya di atas pokok luarsana..."terang Hawa.

"Oh...iye ker?..."jawab Ibu Syaitan dengan nada yang tidak risau.

Kemudian Ibu Syaitan meneriak memanggil anaknya

"Khanazzzzz. ...!!!"

Tiba-tiba daging-daging khanaz yang telah dikerat bergantungan di atas pokok itu pun bercantum kembali dan menjadi hidup dan menjadi Khanaz kembali....dan Ibu Syaitan masih tidak berputus asa dan masih meminta Hawa menjagakan Khanaz dan ia berpesan akan kembali lagi esok hari nya, Apabila Adam pulang dan terlihat lah ia akan anak Syaitan yang bernama Khanaz itu lagi dan bertanya kan pada Hawa kenapa anak Syaitan itu masih berada di rumah meraka. Hawa menerang apa yang berlaku.

"Kita tak boleh biar kan usaha Syaitan untuk menganggu hidup anak cucu kita.." kata Adam.

"Apa harus kita laku kan lagi.."tanya Hawa.

"Begini..kita bakar anak Syaitan ini dan ..abu nya kita buangkan ke Laut, biar abunya di bawa arus laut dan Ibu nya tidak akan dapat mendapatkan anak nya ini lagi..." terang Adam.

Keesokan pagi nya datang lah lagi Ibu Syaitan ini bertanya kan Khanaz ketika Adam sudah keluar bekerja.

"Mana anak aku?" tanya Ibu Syaitan.

"Anak kamu sudah kamu bakar dan abunya kami buang ke Laut!" jawab Hawa.

"Oh Iye ker?" Kata Ibu Sayitan lalu meneriak mamanggil

"Khanaz!!!"

..kemudian bercantumlah kembali daging Khanaz dari abu, dan menjadi Khanaz kembali. Kemudian di serahkankan kembali pada Hawa untuk menjaga Khanaz. Apabila Adam pulang, mendapati anak Syaitan itu masih berada di rumah nya

"Ini tak boleh jadi, kita tak boleh biar kan mereka ganggu anak cucu kita"kata Adam.

"Apa harus kita laku kan ?" tanya Hawa.

"Begini saja lah...kita belah dua anak dia nie ..kamu telan sebelah, aku telan sebelah. Habis cerita!" Cadang Adam.

Keesokan pagi, datanglah lagi si Ibu Syaitan bertanyakan anak nya ketika Adam sudah keluar bekerja.

"Mana anak aku" tanya Ibu Syaitan.

"Anak kamu ...., kali ini kamu tak dapat balik anak kamu.."jawab Hawa.

"Kenapa..?"tanya Ibu Syaitan. "Anak kamu telah kami telan....!" Jawab Hawa dengan penuh yakin.

"Iye ke...? Lalu Ibu Syaitan memanggil anaknya Khanaz.

"Iye Mak...."jawab Khanaz dari dalam badan Hawa..

"Bagus anakku..kamu duduk sana , jangan keluar-keluar.." Arah Ibu Syaitan padaKhanaz.

Itu lah cerita dia kawan-kawan...duduklah Khanaz dalam tubuh badan manusia sehingga hari ini dan hinggá hari kiamat.


Syaitan Khanaz ni tugas dia - Bila kita makan ia pun makan, kita minum ia pun minum. Apa jer aktiviti kita buat dia akan menyertai JIKA KITA TAK BACA BISMILLAH. - Bila kita solat dia akan berusaha supaya kita was-was, tulah mana yang tengah solat tu tiba-tiba tak ingat berapa rakaat dah kita solat. - Buat kerja kita keliru dan ingat-ingat lupa "Eh dah buat ke Belum yer.." ubatnya banyak kan dengan BERISTAGAFAR. .. - Khanaz akan belari / bermain dalam darah kita...

Ubatnya - ..banyakkan Zikir... Sahabat Rasulullah pernah bertanya bagaimana hendak mengelak dari Khanaz ini. Pesan Rasulullah, setiap apa yang hendak kita laku kan mula kan lah dengan baca BISMILLAH dan Doa. Sekurang-kurangnya baca BISMILLAH. Khanaz akan berasa kelaparan bila kita berpuasa dan akan menjadi bertambah kurus bila kita makan mulakan dengan baca Bismillah. Dan mana yang suami Isteri tu sebelum BERSAMA baca lah doa-doa. Kalau tidak nanti 'Khanaz and the geng' akan ikut serta. Tengok bagaiman Syaitan yang tak pernah putus asa untuk memperdaya anak cucu Adam..

Surah An Nas jua mencerita kan hal Syaitan bernama Khanaz yang sentiasa buat kita was-was.

Walllahualam. ... Apa-apa pun mulakan setiap kerja aktiviti dengan nama Allah BISMILLAH.

InsyaAllah... selamat...


Friday, July 25, 2008

Akibat sengketa antara kita... warisan kita kan pupus...

Akibat sengketa antara kita




Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang


Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap diarus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Peribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayukan gagah di nusantara


Ingatlah semua dari intisari pujangga ini...
sesungguhnya kita hidup mewah sekarang ini hasil dari keringat nenek moyang kita...
janganlah kita sewenang-wenangnya meletakkan diri kita di tempat yang serendah-rendahnya dengan korbankan apa yang ditinggalkan mereka...

Thursday, May 15, 2008

Multiplication Table


Q : How to 'use it'?
A : Use a ruler...
Q : After that?
A : Drag your fingger by following the the number you want to multiply (appoint by that ruler) and the next number you want to multiply...
Q : And then...?
A : Now you can see the answer by crossing the box of Multiplication Table...
Q : How...?
A : Firstly... put the ruler on the table (on the number you want to multiply) either by column or row... let say number 9... then drag your fingger following that ruler (number 9) unti it cross to the number you want to multiply (let say 7)... so the cross line will show you the answer... (it is 63)...
that all....
thanks...

Thursday, April 17, 2008

Minta Izin...

"Sayang..Abang nak mintak izin nak kawin satu lagi"....................

"Sayang, Abang minta izin untuk nikah sorang lagi,"

Aliyah yang sedang melipat kain, terdiam seketika. Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak. Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga dipasang. Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk? Dia menghela nafas panjang. Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum. Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin. Pengabisannya dia kembali kepada suaminya. Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah.

Namun, kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah.

"Kau mampu Asraf, dengan gaji kau, aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga,"

sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah.

" Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis,"

masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis.Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi, selesai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak- anak. Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya.

" Abang , Aliyah setuju dengan permintaan Abg. Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan wanita tu,"

Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya.Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran. Aliyah terlalu sempurna, baik tetapi ahh hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda.

"Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja, boleh?"

pelik benar permintaan isterinya.Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan.Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur.

Terlalu bersyukur.

Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya. Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak. Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman daripada Aliyah.

"Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abg,"

terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau.

"Kak Aliyah yang minta,"

masih lembut dia memujuk Qis.

"Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis?""Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!"

terkejut Asraf Mukmin.

"Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. Abg dah lama hidup dengannya. Abg faham,"

Qistina mengalih pandangannya. Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina lah. Jangan haraplah jika nak membuli aku. Desis hati kecil Qistina.

Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya.Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di Masjid Putra.

Di masjid itu, hatinyabenar-benar terusik. Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra.Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian menghadiri majlis kuliah agama. Membaca AlQuran secara bertaranum itu adalah kesukaannya. Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan. Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji. Menitis air matanya.

Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu. Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah.

Tit tit... sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya.

"Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik utk Abg jadikan isteri. Qis tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya utk bersama Abg,"

Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.

Kepada:Asraf Mukmin,
Suami yang tersayang...

Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani,Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu.

Abg yang dikasihi,Genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina. Terima kasih kerana Abg membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik. Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.

1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyah yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju- bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan Abg. Aliyah tak sanggup Abg diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa Abg sendiri pun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana , apatah lagi Abg nak menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan Abg...

2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan Abg. Aliyah tahu selera Abg hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera Abg sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, Abg muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka. Kesian nanti, tak makan la pula anak- anak kita. Aliyah sayangkan Abg...

3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat Abg yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak- anak Abg nanti untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung... Aliyah sayangkan Abg...

Abg yang disayangi,

Cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah tak terdaya. Abg lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, Abg mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan Abg mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.

Abg yang dicintai,

Di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak. Jika munajat Abg di Masjid Putra mengiayakan tindakan Abg ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina. Oh ya, lupa nak cakap, Qistina telah berada di sawarak. Menunggu Abg...

Aliyah sayangkan Abg...

Tetapi jika Abg merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri Abg, pergilah cari wanita yang setanding dengan Aliyah...

Aliyah sayangkan Abg.

Tetapi, jika Abg merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk Abg.. tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan kegemaran Abg, roti canai.. air tangan Aliyah.Salam sayang,

Aliyah Najihah binti Mohd Hazery

Tangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ berdiri Aliyah Najihah bersama-sama hidangan sarapan pagi kegemarannya. Dia tersenyum!

Benar, tiada isteri sehebat Aliyah isterinya!!! !!



MORAL OF THE STORY :
Bersyukurlah dengan apa yg kita ada. Cinta pada kecantikan tidak akan kekal selamanya.. You would only appreciate things when you lost it..



Penulis asal tidak diketahui ...

Solat Qasar dan Jama'

SOLAT QASAR DAN JAMA'

Penerangan solat qasar dan jama’ adalah seperti berikut:
1.0 Solat Qasar
1.1 Takrifan
Solat Qasar adalah mengqasarkan (memendekkan) solat yang empat rakaat iaitu Zuhur, Asar dan Isya’ kepada dua rakaat sementara solat Maghrib dan solat Subuh tidak boleh diqasarkan.
1.2 Hukum Qasar
Harus berdasarkan kepada dalil berikut:
i.Al-Quran surah al-Nisa’ ayat 101 yang bermaksud;
“Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa mengqasarkan (memendekkan) solat jika kamu takut diserang oleh orang kafir…”
ii. Al-Sunnah yang bermaksud;
‘Ya’la bin Umayyah pernah bertanya kepada Umar bin al-Khattab, “Kenapa kita perlu mengqasarkan solat sedangkan kita berada dalam keamanan?”
Lalu beliau menjawab, “Aku telah bertanya kepada Nabi s.a.w., dan Baginda bersabda, solat qasar itu adalah sedekah yang Tuhan telah bersedekah kepadamu, maka terimalah sekalian kamu akan sedekah-Nya”
(Riwayat al-Nasa’i dan Abu Daud)
1.3 Jarak Dibenarkan Qasar
Dua marhalah iaitu empat burudin di mana setiap burudin mempunyai empat farsakh dan setiap farsakh terdiri daripada 5514 meter mengikut kiraan moden. Dari itu, dua marhalah adalah bersamaan 89 kilometer.
1.4 Syarat Solat Qasar
i. Hendaklah pelayaran atau perjalanan itu diharuskan oleh syara’.
ii.Jauh pelayaran atau perjalanan itu tidak kurang daripada dua marhalah (89 kilometer / 56 batu).
iii.Berniat qasar di dalam takbiratul ihram.
iv.Tidak berimam dengan orang yang solat tamam (sempurna).
v.Hendaklah solat yang diqasarkan itu terdiri dari solat empat rakaat.
1.5 Contoh Niat
أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat Qasar kerana Allah Taala)

2.0 Solat Jama'
2.1 Takrifan
Solat Jama’ terbahagi kepada :
i. Jama’ Taqdim iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Zuhur atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Maghrib.
ii.Jama’ Ta’khir iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Asar atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Isya’.
2.2 Syarat Solat Jama’
2.2.1.Solat Jama’ Taqdim
i.Hendaklah bersolat secara tertib iaitu mendahulukan solat Zuhur daripada solat Asar dan solat Maghrib daripada solat Isya'.
ii.Hendaklah niat Jama’ Taqdim di dalam solat pertama sebelum salam tetapi yang afdhalnya di dalam takbiratul ihram.
iii.Berturut-turut di antara solat yang dijama’kan itu.
iv.Berkekalan pelayaran atau perjalanan itu hingga takbiratul ihram solat yang kedua.
v.Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama (Zuhur atau Maghrib) berkekalan sehingga didirikan solat yang kedua (Asar atau Isya’).
2.2.2. Solat Jama’ Ta’khir
i.Hendaklah berniat jama’ dalam waktu pertama iaitu Zuhur atau Maghrib.
ii.Berkekalan pelayaran atau perjalanan hingga memberi salam solat yang kedua.
2.3 Contoh Niat
2.3.1 Jama’ Taqdim
i.Jama’ Taqdim Empat Rakaat
أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)
ii.Niat Jama’ Taqdim Beserta Qasar
أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)
2.3.2 Jama’ Ta’khir
i.Jama’ Ta’khir Empat Rakaat
أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala)
ii. Niat Jama’ Ta’khir Beserta Qasar
أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala)

Monday, January 28, 2008

Symbol in Mathematics (Intro)

Symbol
Name
Explanation
Examples
Read as
Category
=
equality
x = y means x and y represent the same thing or value.
1 + 1 = 2
is equal to; equals
everywhere
≠<>!=
inequation
x ≠ y means that x and y do not represent the same thing or value.(The symbols != and <> are primarily from computer science. They are avoided in mathematical texts.)
1 ≠ 2